Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Kisah Imam Ahmad, Penjual Roti dan Istighfar

Tuesday, 5 April 2016 | 08:11

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membernarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam AHmad bertembung dengan seorang penjual roti yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti mengur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah, si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan  minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yang hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur untuk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yang akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yang berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti lgat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu,

Lantas Imam AHmad bertanya kepada si penjual roti :
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfarr tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yang engkau dapat?"

Jawab si penjual roti :
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu. Dan faedah yang aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yang aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-Nya, Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yang masih belum Allah berikan."

"Apakah hajatmu yang belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti :
"Aku sangat berhajat untuk bertemu dengan imam yang hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata :
"Rupanya ini semua perancangan Allah yang sangat hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."

"Apakah maksud wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dengan penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yang kau doa dan pohon pada Allah untuk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud ;

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka."

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah)


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5