Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Ketenangan

Sunday, 17 January 2016 | 21:30

DI MANA MENCARI KETENANGAN ?

Ketenangan itu ada dekat dengan kita, tinggal kita suka bergerak menjauhinya.

Kita semua berhajat kepada ketenangan. Kadangkala seharian disibukkan dengan pekerjaan, pelajaran dan keluarga, maka ketenangan menjadi ubat kepada semua kelalutan yang telah kita hadapi sepanjang hari.

Tetapi, bagaimana mahu mendapatkan ketenangan ?

Ada orang mencari ketenanagan dengan berhibur di idsko dan kelab malam. Ada orang mencari ketenangan dengan mengambil dadah. Disangkanya dengan dadah, mampu memberi ketenangan hakiki kepadanya.

Jika kita perhatikan, bagaimana "mat saleh" dan "minah saleh" mendapatkan ketenangan untuk diri mereka?

Mereka akan mencari dan menjelajah hutan-hutan yang ada pokok-pokok hijau. Kenapa ?

Kerana di situ, mereka mendapat ketenangan yang dihajati. Jauh dari hiruk piruk kesibukan dunia.

KETENANGAN YANG SEBENAR, DI MANAKAH IA ?

Mereka yang mencari ketenangan dari alam, berjumpakah dengan apa yang diinginkan ?

Mereka yang mencari ketenangan dari sudut negatif, melalui dadah dan kelab-kelab hiburan, adakah bertemu dengan apa yang dimahukan?

Ya. Memang mereka akan bertemu dengan ketenangan. Tetapi, itu hanyalah ketenangan yang sementara sahaja.

Mereka keluar dari hiruk-piruk kesibukan, untuk mendapatkan ketenangan buat seketika. Nanti, mereka akan kembali semula ke tempat yang penuh dengan kelalutan dan kesibukan. Mula berhadap kembali dengan semua itu.

Maka, ketika itu, berhasilkah ketenangan yang mereka dapati dari tempat-tempat itu?

Tidak.

Waktu itu, ketenangan yang mereka dapati sewaktu di tempat-empat begitu sudah tidak mampu menenangkan lagi ketika mereka dilanda keserabutan dan kelalutan.

Lalu, di mana kita dapatkan ketenangan hakiki ?

DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG...

Tidak perlu pergi jauh. Ketenangan sebenarnya sudah ada terlalu dekat dengan kita. Tapi, di mana? Renungkanlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang."
[Ar-Ra'd : 28]

Ketenangan hakiki itu sebenarnya ada pada Allah. Dia itu terlalu hampir dengan kita. Bahkan, hampirnya Dia sehingga digambarkan dalam satu lagi firmanNya :

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
[Qaf : 16]

Maka, kenapa kita mencari ktenangan selain daripada Dia? Alam ini dan segala isinya, bukankah semua itu hasil ciptaanNya?

Lalu, kenapa kita perlu mencari ketenangan daripada makhlukNya ketika Dia sendiri mampu untuk memenang dan membahagiakan kita?

KAJIAN SAINTIFIK TELAH MEMBUKTIKAN

Jika kita masih ingat, ada satu kajian sains pernah dilakukan terhadap kesan bacaan al-Qur'an terhadap zarah-zarah air.

Dilakukan perbandingan antara dua bacaan terhadap air yang sama jenisnya. Orang pertama adalah muslim yang membacakan ayat Kursi di mana ada nama Allah. Manakala yang kedua adalah orang cina yang membacakan mantera-manteranya.

Setelah dikaji, didapati air yang dibacakan dengan ayat Kursi itu tadi, zarah-zarahnya berubah menjadi bentuk seperti batu permata yang begitu cantik dan bersinar.

Tetapi, air yang dibacakan dengan mantera-mantera, zarahnya berubah menjadi begitu hodoh sekali.

Maka, di sini kita dapat lihat kesannya bahawa jika dengan mengingati Allah sahaja sudah cukup untuk membuatkan 'hati' air itu berubah molkulnya menjadi cantik, maka hati kita lebih lagilah daipada itu.

Jika kita mencari ketenangan selain Dia, sebenarnya bukan menambah tenang pada hati kita. Bahkan sebenarnya, telah menambahkan lagi keserabutan pada jiwa kita.

REBUTLAH KETENANGAN YANG KEKAL

Sentiasa ingat kepada Allah itu adalah ubat kepada segala kesibukan dan keserabutan yang melanda kita. Bila ingat kepadaNya, maka ia akan memberi kita ketenangan yang tidak ada tandingannya.

Lihatlah para sahabat Nabi S.A.W.. Ada satu peristiwa di mana seorang sahabat telah dipanah semasa sedang solat. Tetapi, dalam keadaan telah dipanah itu pun, kaki luka berdarah, dia tetap teruskan solat eolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Kenapa ? Kerana dia telah berjumpa dengan ketenangan hakiki.

Mencari ketenangan daripada selain Dia, semuanya bersifat sementara. Hari ini, mungkin tenang. Esok, kita tidak tahu apakah kita akan menghadapi hari dengan baik.

Tetapi, bila kita mencari ketenangan daripada Dia maka sangat-sangat pasti akan dapat menghadapi hari-hari esok dengan lebih baik. Kerana kita tidak tahu Allah sentiasa memahami.

Jika mahukan ketenangan dalam segala kesibukan yang kita ada, maka segeralah merapat kepadaNya. Sudahkah kita merapat kepadaNya hari ini?

Jangan jawab sini. Tapi dalam diri masing-masing.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5