Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Berkawan Hingga Syurga

Sunday, 6 December 2015 | 11:35

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dapat berkumpul sama-sama malam ni untuk baca satu usrah.

Apa khabar iman semua hari ni?? Iman kita ni sentiasa berbolak balik.

Jadi usaha untuk tingkatkan iman kita setiap hari. In shaa Allah.

Siapa hadir untuk usrah malam ini? Sila angkat tangan sat, nak tengok berapa ramai yang sudi hadir untuk sama-sama menimba imu pada malam ni.

Kita mulakan usrah hari ini dengan ummul kitab Al-Fatihah.

Siapa dalam kehidupan dia.. dia tak perlukan kawan?? Semua perlu kan??


  • Setiap Manusia dalam kehidupannya memerlukan kawan. Namun, di kalangan banyaknya perkumpulan kawan-kawan, ada kawan yang sekadar di dunia sahaja.
  • Ada pula perkumpulan Kawan yang Akan mengheret kita ke neraka.
  • Paling beruntung adalah kawan yang akan menyelamat kita dari azab seksa.
  • Dalam berkawan, kita dianjurkan untuk berhati-hati membuat pemilihan, kerana kesilapan dalam memilih perkumpulan teman-kawan, padah akan menanti di akhirat.
  • Ada perkumpulan kawan-kawan yang hanya berasaskan kepada hobi semata-mata.


Sebagai contoh : Kumpulan bermotosikal besar dan kelab jenama kereta tertentu.. Aktivitinya.. Hanya berkisar kepada perkara-perkara dunia yang tidak membawa apa makna kepada akhirat.

Paling malang adalah, perkumpulan kawan-kawan yang akan mengheret ke neraka setiap dari ahli-ahlinya. Perkumpulan kawan-kawan ini bersatu atas asas kemaksiatan dan jenayah terhadap Allah. Inilah perkumpulan yang mengajak manusia kepada dosa dan kelalaian dengan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan kita dari mengingati Allah..

Namun, perkumpulan kawan-kawan yang terbaik adalah perkumpulan kawan sejati hingga akhirat yang sanggup untuk menyelamatkan ahli-ahlinya dari seksaan api neraka di akhirat nanti.

Dalam sebuah hadis riwayat muslim, diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.. telah bersabda :

"Setelah kaum mukminin selamat dari api neraka, maka demi zat yang jiwaku ditangannya, setiap orang dari mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka di dalam neraka.
Mereka berkata : "Ya Allah, Mereka dahulu pernah bersolat, berpuasa dan mengerjakan haji bersama-sama kami". Lalu dikatakan mereka : "Keluarkanlah orang yang kami kenal dari neraka itu."

Dalam hadis ini jelas dinyatakan bahawa pada akhirat nanti, ketika jiwa-jiwa manusia ketika itu tercari-cari penyelamat yang boleh menyelamatkan mereka dari azab api neraka, ternyata rahmat Allah begitu luas apabila diizinkan sebahagian orang-orang mukmin untuk menyelamatkan kawan-kawan mereka di dunia dahulu dari azab api neraka.

Mereka ini akan berhujah di hadapan Allah bahawa kawan-kawan mereka ini adalah kawan-kawan yang satu ketika dahulu mereka pernah solat, dan mungkin mengerjakan haji bersama, dan akhirnya dengan rahmat Allah, mereka dibebaskan dari azab api neraka.

Sungguh beruntung jika kita dikurniakan kawan-kawan sebegini, kawan yang akan sentiasa setia hingga sanggup menyelamatkan kita di akhirat.

Oleh sebab inilah, kita sentiasa dituntut untuk mencari dan bersahabat dengan perkumpulan kawan-kawan yang soleh dengan bersungguh-sungguh.. Kerana kawan-kawan akhirat ini ketika di dunia akan sentiasa mengingatkan kita akan tanggungjawab akhirat ketika di dunia..


  • Sekian sahaja usrah saya pada malam ini
  • Amat ringkas tapi diharapkan anya dapat memberi manfaat pada semua.
  • Saya akhiri usrah kita dengan tasbih kafarah dan suratul asr.


Sekian, assalamualaikum.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5