Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 24)

Friday, 6 November 2015 | 05:30

"Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila" Laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.

(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) Nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

"Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang..." Fika menjerit tak keruan. Bagaikn orang gila lagaknya. Tiba-tba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar akan tewas lagi? Fika tersedu-sedan melihat Uma berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba diahan.

"Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati.." Fika tak nak kehilangan abang lagi." Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.

"Abang... Baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" Lidahnya terus merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tangannya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.

"Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah... Di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini..." Selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.

"Arghhhhhhhhhhh. Abang.. Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.

(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dan murka-Mu. Ya Allah, aku takut menghadapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan dakwah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan erang. Akulah Umar Al-Mujahid!)

Umar, Dr. Sal kirim salam kat nta," Banna menghulurkan sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.

(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)

KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yan kami mahukann kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Janganlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu
Telah lupakan kau?
Semuanya?
Kan belum lama kau keluar darinya?
Di merata tempat
Di sana sini
Ramai wakil-wakil kami
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik. Kerana mencari keredhoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA di dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA
Mama Sal...

Umar menelan air lir. Sajak itu tembus menusuk kalbu.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5