Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 23)

Wednesday, 4 November 2015 | 16:56

(Handset hilang. Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keihklasan hati dan mazmumah yang ada tak sepeuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati. Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai. Cukuplah... Aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba... "Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus mlepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.

"Hey, tak boleh sentuh lah!"

"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je," Fika merengek manja.

"Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?" Suara Umar meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi. "Abang marah Fika? Fika dah tekad. Fika nak bunuh diri!" Fika terus bertindak melompat ke dalam Sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha..Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!". Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.

"Biar abang rasa hanganya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha haa" Pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air. "Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi amaran.

"Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati... Abang bahagia dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha". Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.

"Mulai saat ini, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!" Umar mampu berkata 'tidak' kepada nafsunya kali ini.

"Abang..." Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar. Pakainnya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki. Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Ditambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.

"Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!" Umar melembutkan suara.

"Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni. Fika cintakan abang.." Tangisan Fika terus berlagu hiba.

(Ahh, aku kena kuat untuk berkata 'tidak'.)

 "Fika, bangunlah..." Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan pujukan.

"Fika, dengar sini.. Abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah... Cinta Allah takkan mengecewakan!" Umar berlalu meninggalkan Fika.

Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5