Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 20)

Monday, 2 November 2015 | 08:35

Jam menunjukkan tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis yang di sebelahnya.

(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke ni?) Fikiran Fika jauh mengelamun sejak adi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.

(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar.. Atau kerana Asiah Yusro yang Umar katakan. Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)

(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggakan aku)

Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan peribadi mulia Banna? Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun beredar, Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.

"Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik kuliyah ni?" Maziah tersenyum.

"Saya Maziah. Asiah Yusro.... Hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu, Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat menolong.

"Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?"

(Err, macam ustazah!)

"A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya.."

"Err, tak pe lah. Saya...." Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.

"Alah, jangan risau. Dia baik, jom..."

(Keranamu Umar...) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas mempertemukan Fika dan Asiah Yusro. Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.

"Tak sangka boleh jumpa awak..." Fika memulakan perbualan selepas saling berkenalan.

"Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?"

(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)

"Awak kenal Umar Al-Mujahid?" Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah Yusro.

"Kenal," Ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.

"Macam mana boleh kenal?" Lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.

"Dia satu sekolah dengan saya dulu,"

"Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot.. Awak bercinta dengannya?"

"Err.." Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!

"Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awak memang bercinta dengannya..." Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.

(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta..)


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5