Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Jangan marah!

Friday, 9 October 2015 | 23:53

Assalamualaikum W.B.T..

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dapat berkumpul bersama-sama malam ni setelah lama kita tidak berkumpul.

Pada malam ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan kalian semua yang mana topik seperti si atas. Moga bermanfaat yaa!

Sebelum itu marilah kita sama-sama ikhlaskan niat untuk mendapat ilmu yang akan sama-sama kita kongsikan nanti dan marilah sama-sama kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab al-Fatihah.

Sebelum tu saya bertanya dulu ya.

Iman kita sentiasa berbolak balikkan. Kadang itu kadang ini, so apa khabar iman kita hari ini??

Jadi usaha untuk tingkatkan iman kita setiap hari. In shaa Allah.

Siapa hadir malam ini?? Sila angkat tangan sat, nak tengok berapa ramai yang sudi hadir untuk sama-sama menimba ilmu pada malam ini.

Alhamdulillah, sekarang jom kita tengok terjemahannya pula.

"Dan segerelah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kami, dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, ORANG YANG MENAHAN KEMARAHANNYA, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara baik." (Ali 'Imran 3: 133-134)

Dalam ayat yang diberikan tadi kalian perasan tak terdapat satu perkataan yang menarik perhatian kita; Al-kazhimin. Al-kazhimin daripada jamak (banyak). Kata tunggalnya (asal) kazhim.

Menurut al-Qurtubi, kata asalnya bermaksud mengembalikannya ke dalam bekasnya. Sama keadannya menutup dengan menutup sesuatu dengan rapat, seperti bekas yang penuh dengan air, lalu ditutup rapat agar tidak tumpah.

Kat atas tu nak bagitahu bahawa perasaan marah, sakit hati dan keinginan kita untuk membalas masih ada, tetapi perasaan itu tidak perlu dilayan.

Jadi kita sebagai orang beriman in shaa Allah sahutlah saranan al-Quran ini. Kita bermujahadahlah sama-sama ya untuk mengawal dan menutup rapat agar tidak keluar perkataan dan tindakan yang tidak baik.

Jom kita sambung lagi! Dengan tajuk yang kecil-kecil lagi. Jom jom!

1) FITRAH MARAH

Sebut pun fitrah mestilah semua orang adakan?? Ke ada yang tak ada fitrah marah ni?? Sape tak ada angkat tangan. Walaupun marah tu ada cuma sedikit tai kita tetap ada fitrah marah tau. Alhamdulillah kita semua ada fitrah marah.

Kita bila rasa teraniaya rasa kecewa rasa sakit hati rasa marah, haaa?? Tu diaa macam-macam rasa dah ada tuuu.. Mestilah kita akan dikuasai dengan rasa marah kan. Sape mampu tahan kuasa marah ni?? Tak semua di antara kita mampu buat kan??

Nak tahu lagi tak ciri orang bertakwa nii, adalah dia mampu menahan marah dengan tidak melepaskan kemarahan walaupun dia mampu. Waa!

Subhanallah bagusnya! Tiada manusia yang tidak memiliki sifat marah, semua ada orang marah kita semua ada beza dan gaya yang tersendiri kan??

Kita jangan rasa kita tak ada kemampuan tau nak menahan dan mengendalikan marah kita sebab semua orang ada kemampuan tu. So, jangan kata tak mampu lagi ya selagi mana kita tak cuba untuk menahan marah. Na dengaq ceghita tak?? Ni bukan ceghita rekaan tau ini ceghita Allah yang menceritakan. Jom!!

Allah menceritakan kemarahan Nabi Musa apabila melihat kesesatan Bani Israel. "Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; Dia berkata : "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasakan panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan daripada Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?." (Taha 20:86)

Dah habis semua baca ceghita?? Maka habis sudah tajuk yang pertama kita. Kalau dah habis jom kita sambung tajuk kedua. Dah ready nak masuk tajuk kedua semua?? Jom jom jom!!

2) MENJADI KAZIM

Haa? Ingat tak lagi apa itu Kazim. Tadi kat atas kita dah tahukan apa maksud Kazim. So, alangkah baiknya kalau kita menjaga peribadi kita dengan menahan marah. Kalau terpaksa marah sekalipun, tidaklah kita berlebih-lebihan.

3 perkara termasuklah dalam akhlak keimanan:

1. Jika marah, kemarahannya tidak memasukkannya ke dalam perkara batil.
2. Jika senang, kesenangannya tidak mengeluarkannya daripada kebenaran.
3. Jika mampu, kemampuannya tidak menyebabkan dia sewenang-wenangnya melakukan yang ditegah.

Maka wajib bagi setiap muslim meletakkan atau melorongkan sikap marah terhadap apa-apa yang dibolehkan Allah.

Tapi tidaklah sampai melampaui batas terhadap larangan Allah sehinggakan nafsu marah itu melontarkan perkara-perkara yang tidak  berapa elok didengar.

Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulum ad-Din bahawa rawatan terhadap banyak sifat mazmumah terletak pada dua tindakan; iaitu ilmu dan diikuti dengan amalam.

Ilmu yang dimaksudkan ialah pengetahuan tentang kaedah mengatasi perasaan marah yang berlebihan dan mengetahui kelebihan mengawal sifat ini.

Dan amalan pula adalah berkaitan dengan tindakan dan kerja yang patut kita lakukan untuk memperbaiki kelemahan diri.

Alhamdulillah... Allahuakbar

Kita bukan tak boleh marah terus tau, nak marah boleh. Marah lah!

Tapi biarlah kerana Allah.

Bila kerana Allah mesti ada point marah yang di akhir tu ada hikmah untuk orang.

Tak perlu tunggu akhir pun tak apa. Biar setiap bait-bait kita nak marah tu ada hikmah untuk orang.

CONTOH??

Contoh : Kita marah sebab dia ambil barang kita tanpa izin.... Mesti kita marahkan, dalam kemarahan kita tu bagitahu dia apa balasan orang ambil barang tanpa izin?

Sesetengah orang kalau marah terus tikam macam tu. Eh, awak ingat sedap sangat ke ambil barang orang tanpa izin. Ingat saya beli pakai daun ke. Dan sebaginya laa.

"Marahlah kamu seandainya itu memerlukan, tapi marahlah kamu dalam keadaan berkasih sayang".

3) KEUTAMAAN MENAHAN MARAH.

1- Orang Kuat
"Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam pergaduhan tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan perasaan marahnya".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2- Allah Redha
"Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah, daripada meneguk kemarahan kerana mengharap keadaan Allah".
(Riwayat Ahmad)
3- Dapat Aman dan Iman
"Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah kecuali Allah akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan".
(Riwayat Abu Daud)
4- Wasiat Terbaik
Seseorang berkata kepada Nabi : "Berwasiatlah kepadaku". Baginda bersabda : "Janganlah engkau marah". Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan Baginda bersabda : "Janganlah engkau marah".
(Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah kita dah tahukan keutamaan menahan marah. Lepaiihh tu kita nak buat apa pulak. Jom kita ke tajuk seterusnya.

4) 3 TIP MENJADI KAZIM

Kat atas tadi kita bincangkan tentang keutamaan mengawal marah, sekarang cuba kita tanyakan dengan jujur kepada diri kita sendiri, bagaimana keadaan kita kalau sedang marah selaama ni? Apakah mampu rasional sepanjang berurusan dengan orang lain? Atau ketika marah kita mula melakukan tindakan-tindakan separa sedar yang akan menyebabkan kita rasa malu pada diri sendiri apabila menyedarinya?

Antara amalan yang baik dipratikkan semasa marah :

1) MENGUBAH POSISI
"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu dia berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring".
(Riwayat Muslim)
2) AMBIL WUDHU'
"Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang dalam kalangan kamu marah, maka hendaklah dia berwudhu'"'
(Riwayat Abu Daud)
3) MENDIAMKAN DIRI
Mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal in kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri boleh mengurangkan rasa tekanan dan seterusnya mengawal seseorang yang sedang marah daripada melakukan tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya.
Haa?? Dah bacakan tadi amalan yang boleh kita pratikkan semasa marah. Lepaiih nii kita pratikkan dalam kehidupan kita yup!
5) RASULULLAH TIDAK PERNAH MARAH
Rasululllah tidak pernah marah jika suatu perkara buruk itu ditujukan pada peribadi Baginda. Tetapi Baginda akan menjadi sangat marah ketika melihat atau mendengar sesuatu yang dibenci Allah.
Anas menjadi khadam di rumah Rasulullah selama sepuluh tahun. Namun tidak pernah sekalipun Baginda berkata kepada Anas "ah". Baginda tidak pernah berkata apa-apa yang dikerjakan Anas "Mengapa kamu berbuat ini". Dan terhadap apa-apa yang tidak dilakukan oleh Anas, "Tidakkah kamu berbuat begini".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lanjutan daripada hadis ini Anas berkata bahawa mereka memahami Baginda suka atau tidak kepada sesuatu menerusi riak wajah Baginda sahaja. Tiada sebarang perkataan yang buruk dihamburkan daripada mulut Baginda. Begitulah keadaan Baginda sentiasa berada bersama kebenaran baik ketika marah ataupun tidak.

Berakhir sudah usrah kita. Mana yang kurang mohon dimaafkan.

Kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5