Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 9)

Saturday, 10 October 2015 | 17:26

"Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti..." Nasihat seorang abang.

"Abang doakan selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah... Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!"

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)

"Mmm. Sama-sama kita berdoa..." Banna mengangguk setuju.

"Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang  je kad yang aku beli mahal-mahal, rupanya dah ada pakwe," Bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.

"A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pakwe dia pulak kad-kad tu. Aku rasa, tentu pakwe dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil," Tambah Joe.

"Dating depan orang ramai pulak tu," Darah Fathil mendidih. "Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pakwe dia tu," Gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.

"Siapa?" "Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak warok, tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu".

"Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan sikit".

"Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dahlah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali".

"Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat," Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.

"Joe, malam ni kau dan Umar ikut aku belasan Banna, nak?"

"Malam ni? Kenapa lambat sangat... Sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Sembuhan pedas-pedas sikit kat diorang yang tengah berasmara tu".

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

"Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?"

"Hanif mana ni bang?"

"Alah, Hanif... Kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak ada rupa sangat tapi agamanya, in shaa Allah".

"Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman ISlam jugak ke, bang?"

Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.

"Tak, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart groupbyang sama dengan abang..."

"Maziah ingat... Zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu, kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam".

"Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikitlah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, nobody is perfect. Kita pun ada kelemahan. membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?"

"Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikirannya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan dakwah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya".

"Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah..."


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5