Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 8)

Saturday, 10 October 2015 | 08:01

"Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?" Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.

(Ahhhhhhhhh.... Bosannya!! Tapi, betul juga cakap Banna) "Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah, esok kalau ada masa ana datang smart group," Jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.

"Ana akan tunggu nta. Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr. Azmin". Irama handset Umar berbunyi, Umar nampak gugup.

"Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni..." Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.

"Tak perlu lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap. Assalamualaikum. Jumpa lagi," Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika, handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.

(Adik dia kot...) Hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.

Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5:30 petang esok. Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah....) Hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiap kali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormatinya kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan dakwah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah. Banna memberanikan jua kakiknya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.

"Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa jap," Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.

"Kertas apa tu?" Banna menjeling.

"Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..." Maziah menyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.

"Lelaki ke?"

"Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang..."


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5