Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 7)

Saturday, 10 October 2015 | 07:28

"Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantat mesej kat nta".

"Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok..."

"Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment".

"In shaa Allah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam. Dia kata puas dia contact nta tapi tak dapat-dapat,". Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.

(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan dakwah. Tarbiyyah, dakwah? Pergi jahanamlah... Aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)

"Ana dah tukar sim card," Jawab Umar bersahaja. "Kenapa tak inform?"

"Ana nak rahsiakan nombor ana," Umar tak berselindung. "Kenapa ni Umar?" Hairan Banna dibuatnya.

"Ntah?! Bosan..." Getus Umar. Wajahnya berkerut kebencian.

"Bosan? Bosan dengan apa?"

"Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah... Ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak join semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwah, dakwah, tarbiyyah... Ahh, meluat!" Terpancul kata-kata yang sarat luahan.

(Kenapa aku luahkan semua ni?? Ahh... Biarkan... Biarkan... Dah lama benar ia terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi. Banna terpukau.

(Benarkah apa yang aku dengar in? Alam nyata ke ni?) "Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?" Banna mengungkap.

(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)

"Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu... Diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah," Banna menyambung lagi.

"Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkankannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?"

"Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya," Jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.

(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tu lah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5