Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 6)

Saturday, 10 October 2015 | 00:26

Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergessa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.

(Tertinggal gaknya...) Banna memandang Fathil dengan senyuman.

"Dia tak bangun lagi ke?" Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.

"Emm... Tak lagi!" Balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyangkan-goyangkan bahu Umar.

"Woii, bangunlah... Kawan kau datang ni!" Tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.

Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni," Leter Fathil. Hati Banna makin curiga dengan Umar.

"Err, nak ke mana tu?" Banna sempat bertanya.

"Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah..." Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.

"Chow dulu..." Fathil melemparkan senyuman ramah. (Bagus dia, mudah masuk ngan orang...) Hati Banna memuji Fathil.

Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, mjoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan dakwah. Smart group juga dapat mengika hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ni terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang berhajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap-melengkapi dan kuat-menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.

(Ahh, boleh blahlah smart grup! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro... Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)

"Banna, ana ada hal lah esok," Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.

"Hal apa yang lebih penting dari smart group?"

"Err... Nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari isnin ni dah kena hantar," Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.

"Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..." Banna menawarkan pertolongan.

"Eh, tak yah lah... Ana boleh buat sendiri," Umar menolak.

"Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. In shaa Allah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat assignment. Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?"

(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group...)

"Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana?" Bukan ke kita dah janji?!" Banna melontarkan persoalan.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5