Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 19)

Thursday, 29 October 2015 | 10:12

"Sekarang ni pun, ada beberapa orang sahibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yaang tak faham tarbiyyah dak dakwah kalau bukan kamu semua?" Masing-masing terdiam.

"Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orang tuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Oangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, MashaAllah... Ada yang sanggup?"

"Ana!" Serentak Syamil, Faizi dan Hizbi meyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-ollah sudah ada pilihan hati. Dr. Azmin tersenyum.


"Bagus. Ramai yang sanggup". Ramai sahibah yang kan terelamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?" Dr. Azmin membuka minda mereka.

"Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi..."Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.

"Teruskan Hanif..." Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.

"Entah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling ziarah-menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakaikain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya," Hanif mengkritik tanpa berselindung.

(Fathil separuh gila sukakanMaziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!) Hati umar berbisik.

"Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahan dakwah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah," Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.

"Ana tahu Maziah tiada kurangnya.Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,"

"Nta ni Hanif... kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana. Ana boleh aturkan," Dr. Azmin bersuara.

"Tak. Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia...."

"Huh, cantik juga yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,"

"Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan... Malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya," Hanif membela hujahnya.

"Siapa?" Dr. Azmin ingin tahu.

"Asiah Yusro..." Hanif tidak segan silu memberitahu.

Mata Banna dan Umar terbeliak. (Asiah Yusro???) Hati mereka seakan tidak percaya. Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpunn berbincang perkara itu dengan mas'ul Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5