Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 18)

Thursday, 29 October 2015 | 09:46

"Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Anan kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia," Umar melahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.

"Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentanag masalah nta ni tiap kali diadakan smart group. Kejap lagi Dr. Azmin datang. Masalah nta ni rumit. nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita. In shaa Allah dia boleh bantu," Smart group minggu ni diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr. Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.

"Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul dakwah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi dakwah kita ini," Syamil berhujah matang.

"Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?" Faizi menduga.

"Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak takcle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia," Wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.

"Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya," Banna menasihatkan.

"Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu". Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.

"Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni," Sesalan Umar tidak sirna.

"Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita, Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sebelihan kepada sistem," Syamil tak lupa memainkan peranannya.

"Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah," Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.

"Apa pendapat Dr.?" Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.

"Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dak dakwah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris dakwah daripada zuriat kami," Mas'ul merek meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr. Azmin yang jernih berkaca.

"Walau bagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengn saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan kita lebih berat dalam baitul dakwah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?" Dr. Azmin berkongsi pengalaman berharga.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5