Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 17)

Thursday, 29 October 2015 | 09:12

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)

"Mana nti tahu?" Dia terkejut bila rahsianya terbongkar.

"Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita... Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?! Dan tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu," Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula terunduk malu.

Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diri. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan dakwah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang? Masihkah dia setia menantiku? Ahh, kutepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul dakwah idaman bersamanya...) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar. Maziah menyergahnya.

"Tiba-tiba berkhayal, ye?! Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami ang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat," Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya di luar pengetahuan Asiah Yusro. Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.

"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenal dulu," Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.

"Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap."

"Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika? Abang tak kasihankah Fika? Apa salah Fika pada abang?" Terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.

"Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dan menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?" Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.

"Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan perhubungan ini, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama."

"Abang, bimbinglah Fika," Fika terus merayu.

"Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang."


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5