Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 16)

Wednesday, 28 October 2015 | 16:24

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan dakwah dan tarbiyyah.

"Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti," Umar betul-betul menyesal.

"Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita sangat berhajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang," Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr. Azmin, Syamil, Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.

(Aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua... Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini...)

"Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah... Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin ;agi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqamah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah," Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.

"Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan dakwah," Tambah Maziah.

"Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni. Sama-samalah kita doakan dia, apa yang ana kesalkan, tak ade sorang pun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dah lama dibangkitkan," Asiah Yusro bersuara kesal.

"Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik dipinggirkan," Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

"Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadis yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis," Asiah Yusro menyokong kata-kta Maziah.

"Tapi, tak semua sahabat begitu... Nak tak nak, kita kenal baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul dakwah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul dakwah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul dakwah," Asiah Yusro berbaik sangka.

"Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah..." Asiah Yusro mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.

"Astaghfirullah al-Adzim! Lagho ana nanti..." Maziah yang kelihatan membulatkan mata.

"Maaf, ana gurau je..." Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu...

"Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat," Maziah pula yang mengusik.

"Ish, tak de lah. Siapalah ana..." Asiah Yusro merendah diri.

"Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya," Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5