Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 15)

Wednesday, 28 October 2015 | 15:32

Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka seddang rancak berbincang sesuatu. Umar menjelinng sekilas pandang.

"Gurlp! Diorang?" Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr. Azmin sedang mengadakan smart group di situ.

Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusui ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.

"Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!" Fika mencubit paha Umar.

"Fika, apa yang kita buat ni berdosa!" Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) Hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.

"Tapi... Ini bukan cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang."

"Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?" Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.

"Jom balik!" Umar mengajak pulang. "Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!" Wajah Fika penuh keliru.

"Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!"

"Abang nak balik..." Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.

"Abang Umar, pulangkan tudung Fika!" Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung. Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr. Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)

"Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!" Umar meluahkan. Suaranya sebak.

"Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada di mana sahaja!" Dr. Azmin bersuara.

"Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah," Dr. Azmin bersuara lagi.

"Ana rasa berdosa. Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!" Luah Umar penuh kesalan.

"Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar... Kembali bersama kami," Banna memujuk.

"Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta," Lembut kata-kata Hizbi.

"Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?" Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5