Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 14)

Wednesday, 28 October 2015 | 08:02

Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang... Luv U!!

Umar serba-salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.

"Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group.

"Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Alah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta. Kalau sempat siap nta datanglah. Kejap pun tak pe," Balas Banna. Mengharap.

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.

"Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!" Iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.

"Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayan abang. nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang," Fika bersuara manja. Gerak badannya melentok ke sana-sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya. Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika. Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.

"Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika."

"Tunjuk apa?" "Abang kena janji takkan marah?"

"Kenapa abang nak marah pulak?"

"Janjilah dulu sayang..."

"Okey, abang janji takkan marah Fika," Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.

"Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?"

Gurlp! "Fika, pakai balik tudung tu!" Arah Umar.

"Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?" Fika bersuara merajuk.

"Err, suka. Tapi, peremuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!"

"Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta pada abang...

"Umar makin lemas dihambur kata-kata manis FIka. Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh erbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.

"Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita," Ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5