Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 13)

Saturday, 24 October 2015 | 10:48

(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)

"Fathil, awak salah faham..." Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.

"Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu makwe aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau."

"Bodoh! Memang kau salah faham..." Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.

"Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala ku sendiri..." Fathil menguatkan kenyataannya.

"Aku pun tengok!" Tambah Joe.

Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dialah, bukan makwe!" Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)

Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya unutk meronda ke sana lagi sekali.

"Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham, bukan salah sesiapa," Ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatallkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.

"Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?" Sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi. Umar merenung wajah Banna.

"Banna, cedera nta teruk ke?"

"Sikit je," Balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.

"Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat."

"Lupakanlah... Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni."

"In shaa Allah. Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi," Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.

"Tak ape, Umar. Lupakan... Nta juga yang tolong ana tadi. Terima kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap hari bulan, boleh kena buang unversiti. Kita kena berfikir panjang sebeum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!" Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.

"Banna, ana minta maaf!" Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan peukannya. Ada mesej yang diterima.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5