Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 12)

Saturday, 17 October 2015 | 09:43

"Cis, mampuslah korang berdua!" Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dupukul curi sebentar tadi, mungkin merka tak berpeluang mencederakannya.

"Woii!!" Seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang menyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.

(Tiada harapan untuk lari) Dengus Joe.

"Woii. Korang gaduh ye?"

"Tak, kami berlatih taekwando!" Fathil berdalih.

"Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?" Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersembam ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.

"A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej," Tambah Joe.

"Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak ade orang yang berlatih sampai berdarah cam ni," Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.

"Betul pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja," Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang. Bukan bohong tapi helah.

"Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court. Yang korang berlaatih dalam gelap tepi batu-batu keriki ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!" Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.

"Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?" Api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat di hala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.

"Woii, Fathil!! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?" Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.

"Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas makwe aku. Pastu dating depan orang ramai, buat maksiat!" Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5