Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 11)

Tuesday, 13 October 2015 | 20:54

Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.

"Kenapa kau ni, Fathil?" Masih gagal tackle Maziah ke?" Tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas SMS dengan Fika.

"Aku bengang betul lah!" "Bengang apa?" "Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?"

"Orang dah ada pakwe, cari yang lain je...."

"Huh, tak semudah tu! Ni Fathil... Dia belum kenal lagi siapa Fathil!"

"Kau nak buat apa?" Umar ingin tahu.

"Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku".

Belasah perempuan?" (Gila!) Bentak hati Umar.

"Bodoh! Belasah pakwe dia lah..." "Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang".


"Kau memang penakutlah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas makwe aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar?"

"Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau?" Orang rampas awek kau atu kau yang rampas awek orang?" Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.

"Kau tahu apa Umar?! Tu lah asyik gila ber-SMS je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?" Umar akhirnya mengalah.

"Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu," Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut. Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersembam di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu. Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggenggam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan genggaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.

(Kau Banna? Ah... Kasihan kau!) Kesal hati Umar.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5