Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 10)

Tuesday, 13 October 2015 | 19:10

Tiba-tiba....

"Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii..." Laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah.

Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu-lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaan. Dia menghampiri Fathil.

"Fathil... Dengar sini..."

"Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan..."

"Fathil..." Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.

"Tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je," Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga. Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.

"Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik-beradik".

"Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mulalah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain," Luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.

"Maziah, pandanglah semua orang dari kaca mata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak?" Maziah mengangguk.

"Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan dakwah bil himah dengan izin Allah," Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah. Banna datang menghampiri adiknya.

"Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham," Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

"In shaa Allah, bang! Err, abang... Dialah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!" Tanya Maziah.

"Dia roommate Umar al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya," Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar al-Mujahid.

"Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umarlah yang membonceng motor dia?" Maziah memandang Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar al-Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan dakwah...) Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara.

"Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan dakwah. Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillahi min zalik. Astaghfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astaghfirullah)


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5