Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 5)

Friday, 25 September 2015 | 08:41

Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gaids itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mulia yang berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.

(Wow, sepuluh kali ganda lagi hensem dai Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketamanan Umar.

Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms 'dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah, siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah.

(Fika, kau mesti istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini... Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika...)

Tok! Tok!
Assalamualaikum.... Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk.

"Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum ssenyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.

"Saya Banna... Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri.

"Kenal... Selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!"

"Mmm... Awak?"

"Aku Fathil,". Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.

"Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.

"Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergilah ni,". Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.

"Umar tertidur, kot. Pergilah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.

Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.

Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa di PWTC nak? Bolehlah bang... Plizzzzzz... Luv U!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh1

Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya.

(Umar sedang bercinta?) Hatinya sukar menerima.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5